Sepanjang perjalanan menyelusuri pelosok negeri terkecil di Malaysia, Perlis, penulis dapat merakam beberapa momen indah dengan melihat kecantikan landskap yang dibina di tepi-tepi jalan, di dalam taman, di dataran dan beberapa lagi tempat menarik yang dilawati penulis.
Keindahan landskap yang dibina memberi ketenangan kepada jiwa, di samping menikmati panorama di sekitar Kangar yang masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran seperti pepohon hijau yang menyegarkan mata dan sawah padi yang terbentang luas. Tiada kesesakan lalu lintas yang menyesakkan minda seperti mana yang dirasai warga kota.
Semasa lawatan ke sekitar bandar Kangar, Perlis tempoh hari, penulis sempat 'mencuri' sedikit ketenangan panorama Perlis untuk disimpan sebagai kenang-kenangan dan juga turut dijadikan bahan rujukan kepada tugasan penulis.
Sebagai seorang arkitek landskap, penulis mahukan sesuatu yang segar dalam setiap kali pembikinan projek baru. Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa inginkan yang terbaik, penulis perlu lebih kreatif dalam mereka bentuk setiap landskap yang akan dibina.
Penulis akan membawa pembaca sekalian menikmati panorama indah sekitar Bandar Kangar.
Elemen struktur dan binaan telah diterapkan ke dalam landskap ini, menjadikan panorama tersebut kelihatan segar. Warna hijau rumput dan berlatarbelakangkan bukit nan menghijau telah membangkitkan lagi keindahan panorama tersebut. |
Foto ini telah dirakam di Dataran Syed Alwi, Kangar. Terletak di tengah-tengah bandar Kangar, ia sedikit pun tidak mengganggu orang awam untuk bersantai dan beristirehat di situ. Seni binanya yang segar langsung tidak diganggu oleh kehadiran kenderaan yang bertali arus di hadapan dataran ini.
Replika Rebung yang amat menarik perhatian di Dataran Syed Ahmad, Kangar. |
No comments:
Post a Comment