Tuesday, 4 October 2011

Jenis Landskap

Seperti yang telah dibincangan sebelum ini, terdapat dua jenis landskap iaitu landskap tumbuhan dan landskap binaan. Mari kita kupas dengan lebih mendalam apakah yang dimaksudkan dengan dua jenis landskap ini.




LANDSKAP TUMBUHAN








Landskap tumbuhan menekankan landskap semulajadi yang melibatkan tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan alam semulajadi tanpa ada sedikitpun binaan dan struktur yang dihasilkan oleh manusia.


Selalunya landskap tumbuhan banyak didapati di kawasan-kawasan bukit, air terjun, kawasan bersalji dan sebagainya.




LANDSKAP BINAAN


Landskap binaan juga turut dikenali sebagai landskap kejur. Landskap binaan atau kejur ini melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras seperti batu, wakaf, gazebo, lampu, siar kaki dan lain-lain.

Bangku


Bangku di siar kaki


Gazebo



   Pada zaman sekarang, arkitek landskap telah menggabungkan kedua jenis landskap ini iaitu landskap tumbuhan dan landskap binaan untuk diabadikan dalam satu landskap selaras dengan kehendak pengguna dan kesesuaian tempat. Ini menjadikan permandangan di sekeliling kita lebih cantik dan mendamaikan.


2 comments:

  1. assalamualaikum, boleh saya tahu sedikit tentang biodata saudari? seperti nama, pekerjaan, pengalaman dalam bidang landskap, serta objektif/persoalan kajian dll. saya perlu meletak sedikit info saudari untuk profil responden dalam report yang perlu dilakukan bagi akhir semester. kerjasama saudari amat diperlukan. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Mohon saudara boleh membalas secepat yang mungkin.

    ReplyDelete