Hari ini kita akan membincangkan perihal landskap yang sering kita lihat di sekeliling kita. Selama ini kita hanya melihat sesebuah permandangan itu hanya dengan sekadar memandang. Tetapi kita tidak tahu, setiap permandangan atau landskap itu mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri.
Sekarang mari kita kenal dengan lebih terperinci apa itu landskap. =)
APA ITU LANDSKAP?
Contoh-contoh landskap semulajadi adalah seperti :
- Padang pasir, lautan, sungai, awan, kawasan salji, air terjun, bukit, dan hutan.
Landskap selalunya boleh didapati di tempat-tempat berikut :
- Bandar
- Halaman rumah.
- Tempat kawasan luar bangunan
- Kawasan terbuka
- Taman rekreasi
- Pemandangan alam
- Taman bunga
- Dimana adanya tumbuhan
Landskap di halaman rumah |
Landskap di dalam taman rumah |
TUJUAN |
- Manusia mengubah, membina atau menganggu/mencemar alam sekitar yang asli menjadi kegunaan seperti perumahan, ladang, tempat membuang sampah.
- Akibat buruk ialah seperti tanah runtuh, tiada tumbuhan, tanah bergelombang, bersampah, cuaca panas, tidak cantik, merbahaya dan lain-lain
TUJUAN LANDSKAP
Landskap yang dikurniakan Tuhan sudah serba cukup untuk kita, akan tetapi ianya diubah untuk kepentingan manusia. Maka manusia berusaha untuk memperbaiki keadaannya dengan membuat landskap buatan manusia (design landscape)
Landskap buatan manusia bertujuan:
Landskap buatan manusia bertujuan:
- Bukan sahaja mencantikkan kawasan, pemandangan tetapi menambah nilai estetik suatu kawasan dan sekelilingnya
- Menyenangkan penyenggaraan dan pengurusan landskap seluruhnya
- Memberi penguna dengan suasana yang nyaman seperti penglihatan, udara segar, bunyi angin, daun, burung, siar jalan, bau harum
- Memberikan pengguna rasa rehat, terjaga, selamat atau rasa terbuka
Landskap terbahagi kepada dua iaitu Landskap Tumbuhan dan Landskap Binaan.
Kita akan berbicara dengan lebih lanjut mengenai jenis landskap pada entri yang akan datang.
Tungguuuuu..!!!
No comments:
Post a Comment