Monday, 3 October 2011

Selamat Datang ke Landskap Moden


Assalamualaikum w.b.t. dan selamat datang ke blog Landskap Moden. 




  Blog ini diwujudkan bagi mengetengahkan secara lebih mendalam tentang profesion seorang Arkitek Landskap, satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces) berserta fungsi dan kegunaan untuk sesuatu kawasan.


      Berperanan sebagai seorang Arkitek Landskap, kami cuba menyalurkan keindahan alam sekitar kepada orang awam dengan menitikberatkan rekabentuk persekitaran alam yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan perancangan sesebuah bandar itu sendiri.


      Bidang kerjaya Arkitek Landskap ini melibatkan kerja-kerja seperti analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek.


     Terdapat empat skop utama dalam profesion Arkitek Landskap iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar(EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik. Skop-skop kerja tersebut boleh dilayari dengan lebih terperinci di laman web ini.


    Sekian dahulu bagi entri pertama blog Landskap Moden. Diharap pengenalan secara menyeluruh tentang kerjaya Arkitek Landskap ini sedikit sebanyak dapat memberi anda gambaran bagaimana perjalanan kerja seorang arkitek landskap yang selama ini bertanggungjawab mengindahkan bandar anda.


Terima Kasih.






No comments:

Post a Comment