Thursday, 6 October 2011

Keindahan, Ketenangan, Kedamaian bumi Perlis.



   Sepanjang perjalanan menyelusuri pelosok negeri terkecil di Malaysia, Perlis, penulis dapat merakam beberapa momen indah dengan melihat kecantikan landskap yang dibina di tepi-tepi jalan, di dalam taman, di dataran dan beberapa lagi tempat menarik yang dilawati penulis.

  Keindahan landskap yang dibina memberi ketenangan kepada jiwa, di samping menikmati panorama di sekitar Kangar yang masih mengekalkan ciri-ciri ketimuran seperti pepohon hijau yang menyegarkan mata dan sawah padi yang terbentang luas. Tiada kesesakan lalu lintas yang menyesakkan minda seperti mana yang dirasai warga kota.


   Semasa lawatan ke sekitar bandar Kangar, Perlis tempoh hari, penulis sempat 'mencuri' sedikit ketenangan panorama Perlis untuk disimpan sebagai kenang-kenangan dan juga turut dijadikan bahan rujukan kepada tugasan penulis.

    Sebagai seorang arkitek landskap, penulis mahukan sesuatu yang segar dalam setiap kali pembikinan projek baru. Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa inginkan yang terbaik, penulis perlu lebih kreatif dalam mereka bentuk setiap landskap yang akan dibina.


     Penulis akan membawa pembaca sekalian menikmati panorama indah sekitar Bandar Kangar.












Elemen struktur dan binaan telah diterapkan ke dalam landskap ini, menjadikan panorama tersebut kelihatan segar. Warna hijau rumput dan berlatarbelakangkan bukit nan menghijau telah membangkitkan lagi keindahan panorama tersebut.


Foto ini telah dirakam di Dataran Syed Alwi, Kangar. Terletak di tengah-tengah bandar Kangar, ia sedikit pun tidak mengganggu orang awam untuk bersantai dan beristirehat di situ. Seni binanya yang segar langsung tidak diganggu oleh kehadiran kenderaan yang bertali arus di hadapan dataran ini. 








Replika Rebung yang amat menarik perhatian di Dataran Syed Ahmad, Kangar.



Perkataan Kangar di tulis dalam huruf jawi yang terletak di tengah-tengah jantung bandar Kangar.




Lebih banyak gambar-gambar yang menarik akan menyusul selepas ini. Nantikan entri kami yang berikutnya. 
=)











Pakej yang ditawarkan











MENARIK!! MENARIK!! MENARIK!!

TAWARAN HEBAT UNTUK MUSIM PERAYAAN INI!!









HIAS HALAMAN RUMAH
RM 7000 (contoh seperti gambar di atas)


APA YANG ANDA DAPAT??

*     Konsep hiasan mengikut citarasa
*     Kepuasan
*     Menjimatkan masa
*     Landskap yang sesuai dengan tema pilihan dan budget



PELBAGAI LAGI PAKEJ MENARIK TERMASUK dan REKABENTUK LANDSKAP MENGIKUT BUDGET LAIN :


*Kakitangan kerajaan atau badan- badan berkanun layak untuk memohon bayaran ansuran bulanan.




GAZEBO/WAKAF/PERGOLA



Pondok Poland   

Size : 1.8 x 1.8 x 2.8m (6' x 6')
Jenis kayu :  Meranti + Cengal
Harga :  RM 3, 900.00





Pondok Santai

Size : 1.8 x 1.8 x 2.8m (6' x 6')
Jenis kayu :  Meranti + Cengal
Harga :  RM 3 ,400.00





Pondok Warsaw

Size : 1.5 x 1.5 x 2.8m (5' x 5')
Jenis kayu :  Meranti + Cengal
Harga :  
RM 3 ,900.00




Pergola Bestari

Size : 2.4 x 2.4 x 2.2m (8' x 8')
Jenis kayu :  Meranti + Cengal
Harga :  RM 3, 900.00




MEJA TAMAN



Size    : 1.5 x 1.5 x 0.75m (5' x 5')
Jenis kayu     :  Meranti + Cengal
Harga  
RM 1, 000.00



Pelbagai konsep landskap untuk dipilih!!


Bali

English Garden

Kontemporari

Tradisional





Penghantaran adalah selewat- lewatnya 14 hari. Sila hubungi kami.

HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK TEMPAHAN!!



RUMPUN EMAS ENTERPRISE SDN BHD
Phone            : 09-6381234
Fax     : 09-6284321

Syarikat Rumpun Emas Sdn Bhd




Syarikat Rumpun Emas Enterprise Sdn Bhd ditubuhkan pada Julai 2008. Syarikat ini mula beroperasi sepenuhnya pada akhir 2008 dengan ahli induk seramai 4 orang. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Tingkat 10 Wisma Haji Ismail, Jalan Alamanda 62000 Precint 2, Putrajaya. 


Pada tahun 2009, salah seorang arkitek Rumpun Emas Enterprise telah menerima anugerah Arkitek Harapan dalam Festival Arkitek Asia.


Kini, setelah 4 tahun beroperasi, syarikat ini mempunyai 30 orang staf dan 3 cawangan di seluruh Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.


Tuesday, 4 October 2011

Siapa yang membuat landskap??


Selain dari arkitek landskap, cuba anda senaraikan lagi orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembinaan landskap di seluruh bandar atau di rumah atau di taman rekreasi atau di mana-mana sahaja anda berada. =)


Mereka adalah :-







PEREKA LANDSKAP

Pereka landskap tidak banyak bezanya dari arkitek landskap. Pereka landskap menjurus kepada nilai estetika dalam rekaannya manakala arkitek landskap pula meliputi rekaan artistik serta kejuruteraan struktur. Bagaimanapun kedua-duanya mengambil kira keadaan tanah, perparitan, suhu kerana tumbuhan yang ditanam bergantung kepada faktor berkenaan. 

Biasanya pereka landskap sinonim dengan reka bentuk taman manakala tugas arkitek landskap meliputi reka bentuk taman, pengurusan landskap, kejuruteraan landskap, landskap perbandaran, penilaian landskap dan perancangan landskap. 

Pereka landskap dan arkitek menggunakan pensil dan kertas bagi melukis gambaran tanaman dan peralatan landskap lain. Perisian reka bentuk landskap telah menjadi pilihan popular sejak terdapat teknologi komputer peribadi.



TUKANG KEBUN

Tugas tukang kebun bukanlah semudah yang dijangka. Mereka bertindak sebagai penggerak utama dalam sesuatu pembinaan landskap tersebut. Mereka menanam pokok-pokok di tepi jalan, di taman dan di tempat-tempat yang dipilih untuk dibina landskap.

Tukang kebun juga berperanan sebagai 'doktor' kepada pokok-pokok bunga atau tumbuh-tumbuhan yang telah mereka tanam. Mereka akan merawat dan menjaga setiap tumbuhan dengan teliti supaya ia dapat hidup dengan subur dan segar.




GURU LANDSKAP

Guru landskap juga memainkan peranan yang penting dalam mencantikkan kawasan sekolah. Berperanan sebagai seorang pereka landskap dan juga arkitek landskap, guru landskap merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas landskap sesebuah sekolah. 






      Kini kerjaya landskap merupakan sebuah bidang kerja yang mempuyai prospek yang cerah. Boleh dikatakan di semua agensi swasta dan kerajaan memerlukan khidmat landskap. 
Dan kerajaan telah banyak menunjukkan kesungguhan untuk memartabatkan landskap ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti landskap dan tempat untuk menambah ilmu landskap. Oleh itu, banyak peluang pekerjaan yang melibatkan landskap yang boleh anda ceburi. Pelbagai kerjaya yang berkaitan landskap telah di wujudkan. Antara cabang kerjaya dalam bidang landskap adalah :



  1. Pensyarah Landskap 
  2. Perunding hiasan landskap
  3. Perunding hiasan dalaman
  4. Kontraktor Landskap
  5. Usahawan Nurseri
  6. Penyelia Taman
  7. Juruteknik Landskap
  8. Pembantu Landskap
  9. Penulis buku landskap
  10. Penceramah Landskap
  11. Penulis laman web landskap
  12. Wartawan landskap
  13. Pengacara Landskap





Siapa kata bidang landskap punyai skop pekerjaan yang kecil?? Belum cuba belum tahu =)




Jenis Landskap

Seperti yang telah dibincangan sebelum ini, terdapat dua jenis landskap iaitu landskap tumbuhan dan landskap binaan. Mari kita kupas dengan lebih mendalam apakah yang dimaksudkan dengan dua jenis landskap ini.




LANDSKAP TUMBUHAN








Landskap tumbuhan menekankan landskap semulajadi yang melibatkan tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan alam semulajadi tanpa ada sedikitpun binaan dan struktur yang dihasilkan oleh manusia.


Selalunya landskap tumbuhan banyak didapati di kawasan-kawasan bukit, air terjun, kawasan bersalji dan sebagainya.




LANDSKAP BINAAN


Landskap binaan juga turut dikenali sebagai landskap kejur. Landskap binaan atau kejur ini melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras seperti batu, wakaf, gazebo, lampu, siar kaki dan lain-lain.

Bangku


Bangku di siar kaki


Gazebo



   Pada zaman sekarang, arkitek landskap telah menggabungkan kedua jenis landskap ini iaitu landskap tumbuhan dan landskap binaan untuk diabadikan dalam satu landskap selaras dengan kehendak pengguna dan kesesuaian tempat. Ini menjadikan permandangan di sekeliling kita lebih cantik dan mendamaikan.


Apa itu L A N D S K A P ??




Hari ini kita akan membincangkan perihal landskap yang sering kita lihat di sekeliling kita. Selama ini kita hanya melihat sesebuah permandangan itu hanya dengan sekadar memandang. Tetapi kita tidak tahu, setiap permandangan atau landskap itu mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri.


Sekarang mari kita kenal dengan lebih terperinci apa itu landskap. =)



 APA ITU LANDSKAP?


Landskap ialah alam persekitaran luar sama ada hasil buatan manusia atau alam semula jadi. 




Contoh-contoh landskap semulajadi adalah seperti :
  • Padang pasir, lautan, sungai, awan, kawasan salji, air terjun, bukit, dan hutan.


Landskap selalunya boleh didapati di tempat-tempat berikut :

  • Bandar
  • Halaman rumah.
  • Tempat kawasan luar bangunan
  • Kawasan terbuka
  • Taman rekreasi
  • Pemandangan alam
  • Taman bunga
  • Dimana adanya tumbuhan


Landskap di halaman rumah




Landskap di dalam taman rumah




TUJUAN
  • Manusia mengubah, membina atau menganggu/mencemar alam sekitar yang asli menjadi kegunaan seperti perumahan, ladang, tempat membuang sampah.
  • Akibat buruk ialah seperti tanah runtuh, tiada tumbuhan, tanah bergelombang, bersampah, cuaca panas, tidak cantik, merbahaya dan lain-lain



TUJUAN LANDSKAP

Landskap yang dikurniakan Tuhan sudah serba cukup untuk kita, akan tetapi ianya diubah untuk kepentingan manusia. Maka manusia berusaha untuk memperbaiki keadaannya dengan membuat landskap buatan manusia (design landscape)

Landskap buatan manusia bertujuan:
  • Bukan sahaja mencantikkan kawasan, pemandangan tetapi menambah nilai estetik suatu kawasan dan sekelilingnya
  • Menyenangkan penyenggaraan dan pengurusan landskap seluruhnya
  • Memberi penguna dengan suasana yang nyaman seperti penglihatan, udara segar, bunyi angin, daun, burung, siar jalan, bau harum
  • Memberikan pengguna rasa rehat, terjaga, selamat atau rasa terbuka



Landskap terbahagi kepada dua iaitu Landskap Tumbuhan dan Landskap Binaan.


Kita akan berbicara dengan lebih lanjut mengenai jenis landskap pada entri yang akan datang.


Tungguuuuu..!!!



Monday, 3 October 2011

Selamat Datang ke Landskap Moden


Assalamualaikum w.b.t. dan selamat datang ke blog Landskap Moden. 




  Blog ini diwujudkan bagi mengetengahkan secara lebih mendalam tentang profesion seorang Arkitek Landskap, satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces) berserta fungsi dan kegunaan untuk sesuatu kawasan.


      Berperanan sebagai seorang Arkitek Landskap, kami cuba menyalurkan keindahan alam sekitar kepada orang awam dengan menitikberatkan rekabentuk persekitaran alam yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan perancangan sesebuah bandar itu sendiri.


      Bidang kerjaya Arkitek Landskap ini melibatkan kerja-kerja seperti analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek.


     Terdapat empat skop utama dalam profesion Arkitek Landskap iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar(EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik. Skop-skop kerja tersebut boleh dilayari dengan lebih terperinci di laman web ini.


    Sekian dahulu bagi entri pertama blog Landskap Moden. Diharap pengenalan secara menyeluruh tentang kerjaya Arkitek Landskap ini sedikit sebanyak dapat memberi anda gambaran bagaimana perjalanan kerja seorang arkitek landskap yang selama ini bertanggungjawab mengindahkan bandar anda.


Terima Kasih.